Khamis, 20 Disember 2012

Bahan-bahan untuk kulit Resepi Durian Crepe 50g Tepung Gandum 1 sudu besar Tepung Ubi Kayu 2 sudu besar gula halus 1 biji telur 1 sudu esen vanila 40ml susu cair ( tapi aku pakai fcm dutch lady je hihi) 1 gelas air (160ml) 3 sudu butter dicairkan sedikit pewarna kuning ( tapi aku tak letak pun) Langkah 1 Resepi Durian Crepe tttt Campurkan tepung gandum, tepung ubi & gula halus & ayak ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan susu & kacau rata Pastu masukkan pulak telur yang telah di kacau2 guna garfu ( kacau siket2 je pun) Masukkan esen vanila lak..pastu msk air (lupa nk snap ) pastu butter lak & kacau kacau sampai sebati sebab butter ni susah sket nk msk dlm air kan.. pastu tapis lepas tu leh la membakar adunan lapisan durian crepe korang ni.. sori la terlepas nak snap time tengah memasak adunan ni anyway caranya ialah ambil satu senduk kecil & leperkan ke atas nonstick pan macam kat pic bawah ni aku curi kat google image ja saiz ni terpulangla aku nyer teruk betul xde jadi bulat cengini pun hahaha.. lapisan ni xyah alih-alih tau, agak agak masak je terus telangkupkan kuali kat atas pingan kalo cedok-cedok pakai sudip takut terkoyak lak dah la nipis je menda ni. bagi yang dah expert senang la aku yang amatur ni siap ada yang reject 2-3 bijik sebab salah telangkup sampai jatuh kat lantai huhuhu.. pastu lapisan ke-dua leh je tindan-tindan jangan risau crepe ni x melekat sebab dah kita letak butter dalam adunan tadi. pan korang pun xyah letak ape-ape minyak lagi tau! Langkah 2 : Inti Durian Crepe Bahan-bahan untuk inti resepi durian crepe ialah : 150ml whipping cream + 1 sudu besar gula halus – pukul hingga gebu & kental dan bahan paling penting ialah mestilah isi durian hehehe…

Tiada ulasan :

Catat Ulasan