Selasa, 12 April 2011

hari kedua

salam semua xthu dari mana nk mula rsenya..semalam kuar jap jumpa kawan lama ma mase time dier belajar dulu ,wah semuanya da berjaya berkat usaha dengar uncle tue cerita dulu dier kayuh basikal dr taman keramat ke smk aminuddin baki ....kalau zaman kite semuanya da ade bas kn?

x pernah merasa susahnya hidup ,ma i slalu cakap camtue coz apa yang kita nak semuanya snang nk dapat ...he..he,lau pergi mana 2 nk sampai depan pintu..
oklah itu serba sikit yang bolh kita tengok perbezaan dulu n sekarangkn??

AnTarA KeLuHaN dAn kEsAbArAn

Semasa Abu Hassan mengerjakan ibadah haji,tiba-tiba ia lalu terpandang pada seorang wanita yang berseri wajahnya lalu dia berkata 'Demi Allah ,aku tidak pernah melihat wanita yang berseri wajahnya sebelum ini,tentu kamu tidak pernah menghadapi masalah'".

Mendengar kata demikian ,wanita itu pun menjawab "Apa yagng kamu katakan itu semuanya tidak benar.Aku sendiri menanggung penderitaan yang amat berat dan tiada siapa pun yang boleh dipersalahkan.'Bagaimana boleh terjadi sedemikian?tanya Abu Hassan

Jawab wanita ini satu hari suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan keempat2 anakku,seorang telah berkahwin,dua masih kanak-kanak dan yang bongsunya masih menyusu.Berkatalah anakku yg tengah 'Kamu ingin tahu bagaimana ayah kita menyemblih kambing?lalu si adiknya pun mengganguk,maka dibentangkan adiknya lalu disembelih.

Melihatakan darah yang banyak mengalir ,dia menjadi takut lau lari kedalam hutaan ,Akhirnya dia dimakan oleh serigala di dalam hutan,suamiku yang encerinya dihutan pun meninggal disana kerana kehausan.Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil.

Anak inipun merangkak kedapur lalu menarik periuk nasi yang sedang mendidih maka trjatuhla ke badannya dan dia mati disitu.

"Berita ini sampi ke pengetahuan anakku yang tua,kerana terkejut dia jatuh pengsan lalu mati.Kini tinggallah aku sebatang kara .Soal Hassan lagi,"Bagaimana kamu dapat bersabar menghadapi ujian yang amat hebat ini?wanita itu menjawab "Sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza.

Sabar ,membersihkan hati dan mendekat dirikepaNya dan menerima sesuatu itu kerana Allah,adapun mengeluh itu cumalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada Allah kerana dia tidak dapat menerima sesuatu sebagai takdirnya .

Pedoman bagi cerita ini ,kita haruslah sentiasa reda dengan kertentuanya.....dan meneruskan hidup seadanya..

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata amalan berkabung selama 40 hari sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja yang diamalkan selama ini bercanggah dengan ajaran Islam.

Kata Mohd Asri (gambar), dalam ajaran Islam yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari dan bukan berkabung secara “berlebihan” sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja.

“Perkara ini perlu diingatkan, ia (berkabung) bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pemimpin-pemimpin mereka.

“Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan merujuk al-Quran dan Sunah, Asri berkata amalan berkabung selama 40 hari itu juga bercanggah dengan arahan Rasulullah s.a.w.

“Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari, ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunah.

“Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya) “Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu idah) selama empat bulan, sepuluh hari,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.

“Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: ‘Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya iaitu empat bulan sepuluh hari’ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim),” kata tokoh agama berpendirian progresif ini.

Tegas beliau, umat Islam tidak berkabung atas kematian seseorang termasuk pemimpin atau kerabat diraja.

Justeru Asri menegaskan, amalan berkabung sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja bukan dari ajaran Islam.

“Maka amalan berkabung sempena kematian pemimpin atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam, bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.

“Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pemimpin dan kerabat diraja yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan,” katanya.

Amalan berkabung biasanya dipatuhi apabila berlaku kematian raja dan sultan ataupun anggota kerabat terdekat.

salam perkenalan .........

hari nie kali pertama btul2 try nk jd blogger nie,itu pun pas tgk all my sis n bro da ader,lau x wat kang mcm xikut prkmbangan smasa lak he....he..

pening gak mula2 nk wat nie kna buka bku n minda blik dlu aktf kat fb ,frndster n myspace nie tmbh branh la kiranya kuang...kuang...

bythe way skg tgh kmpul kekuatan blik ylah,i br pas khilanggan abah tersayang yg byk bg spport utk diri i...
akan i kenang semua jasa2nya yg rasanya blum smpt terbalas hopefully moga doa dan kiriman al-fatihah untuk arwah abah jer yg dpt dikirmkan moga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi disisiNya....amin...


now sebagai ank kedua dlm family rsenya i kna ckup kuat n tabah unuk menjaga mak n adik2 i yang lain...
moga dipermudahkan semua urusan dan ditunjukkan kembali sinar utk i mencorak keluarga...

ma...angah akan jaga ma walaupun kadang2 ade kala ma terasa tp sbenarnya mala segalanya bagi angah n adik2 yang lain..insyallah kitaorang semua akan jaga ma seadanya dan membahagiakn ma seperti yang arwah abah nk jugak.......


klah rasenya sampai sni saje dlu ..arghhh mata pun da x larat nie ...
salam semua moga dimurahkan rezeki=p