Sabtu, 16 April 2011
kebebasan
Helang merah
terbangnya meninggi hari
pulang menyapa malam
dan..............
kau menanti dengan rindu dihati
Betapapun dikedinginan malam
kau mengharap restu kasih
tapi sayu tangis pasti jadi temanmu
paling setia mungkin!!......
kerna sesungguhnya helang merah
terbang bersayap menyapu awan
dan......................
kau pun melihat dengan terkilan
Helang merah
dia adalah aku
bebas terbang tak mahu bersarang
miskipun perangkapmu sering terpasang!!!!!!!!!..........
manisan
yang ini pulak untuk manisan ,k i da try ok ,mudahjer...cuba yer....
:: PENGAT PISANG QUAKER ::
Bahan-bahan:
½ tandan pisang emas - dipotong serong setebal 2sm
6 sudu makan gula merah
5 sudu makan sagu
1 sudu makan Quaker Oats
3 helai daun pandan - disimpul
1 liter air
500ml santan
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Didihkan air bersama sagu dan santan selama lima minit.
2. Kemudian masukkan gula merah dan daun pandan. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan oats dan biarkan mendidih. Perasakan.
4. Akhir sekali, masukkan pisang dan didihkan sehingga masak.Sedia dihidangkan.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)