Selasa, 26 April 2011

iktibar..........

salam n i semua,rsenya hri nie i nk share skit mcmne cra utk mengelakkn kite dirompak ataupun bagaimana nk mengelakkn dr kecurian.....nk tahu x cmner kekawan?
nk kata bleh berjaya tue,insyallah yang penting kita iktihar dulukn???



PECAH RUMAH.

BAGAIMANA MENCEGAHNYA?

CARA MENCEGAHNYA:

· Pasangkan door viewer, penyelak pintu utama.
· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
· Simpan tangga dan alat - alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
· Potong ranting - ranting pokok dan semak - samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.


Langkah2 berjaga2

· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter di luar rumah anda.
· Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
· Hentikan hantaran ( contoh: suratkhabar ) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
· Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.

· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti keselamatan.
· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

ROMPAK

CEGAHLAH ROMPAKAN DIRUMAH


· Pastikann pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
· Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
· Kenal pasti pelawat door viewer dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
· Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.


ROMPAKAN DITEMPAT AWAM

· Berwaspadalah apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang selalu berpeleseran di kawasan lif.
· Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
· Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
· Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
· Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.

APA PERLU ANDA LAKUKAN APABILA DIROMPAK

· Anda perlu bertenang. Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
· Perhatikan gerak - geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
· Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna dan jenis kereta. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
· Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi pondok polis yang berdekatan dengan segera.

PERAGUT RANTAI DAN BEG TANGAN
EM...DIMANAKAH PERAGUT INI BERTINDAK????

· Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
· Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

BAGAIMANABOLEH BERLAKU?

· Memakai barang - barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan ramai.
· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
· Berebut - rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat - tempat sibuk dan sesak.
· Meninggalkan beg - beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli - belah semasa masuk membeli - belah.
· Menyimpan beg duit di kocek - kocek belakang yang tidak berbutang.


LANGKAH2 KESELAMATAN DARI RAGUT

· Sentiasa membawa wang secara minima.
· Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
· Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
· Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat - tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
· Jangan mendedahkan barang - barang kemas yang dipakai.
· Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
· Elakkan dari memakai barang - barang kemas yang berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.

· Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
· Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.


AWAS PENYELUK SAKU....
BERIKUT ADALAH BEBERAPA CARA MENGHINDARI PENYELUK SAKU


· Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khayalak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
· Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
· Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli - belah.
· Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
· Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
· Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.


ROGOL
CARA2 MENGELAK DARI KEJADIAN ROGOL


· Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
· Memberi pendidikan kepada kanak - kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
· Memberi pendidikan agama dan moral tentang kekejian dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
· Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tisak melebihi batas.

· Tidak mudah mempercayai janji kepada bomoh atau singseh. telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tapi satu penipuan.
· Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
· Tidak mudah menurut pelawaan orang - orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar - siar atau pergi ke bilik / rumah mereka.

· Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
· Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat - tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
· Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
· Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
· Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
· Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.


MENGATASI ANCAMAN ROGOL

· Undang - undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang ( perogol ) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
· Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
· Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu - buru.
· Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar - benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
· Camkan muka dan tanda - tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan